PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL@JAS
Semak Bahan
Digital Content
EIA Report
Newspaper
Form
Main Program
Collection
Semak bahan
Log masuk
Profil
Log Keluar
Bahan
Tambah bahan
Senarai bahan
Pengguna
Senarai Pengguna
Peranan Pengguna
Laporan
Debat Alam Sekitar
Digital Content
Photo Gallery
Plantation
Sesi Libat Urus
Language #1
Language #2
Keputusan Carian
Koleksi Digital
Kategori Bahan
Koleksi Digital
Ringkasan Eksekutif EIA
Keratan Akhbar
Koleksi Digital Kategori
Arahan Pejabat
Brousher
Buku program
Calendar Activity
Council Texts
e-Backdrop
E-Book
E-Journal
E-Learning
EIMAS
Forensic
GIS
Guidelines
Infographic
Intergrity
JAS Asset Unit
Legislation
Magazine
Media
Minit Mesyuarat
MSJCE
Others
Pendakwaan
Policy
Poster
Rakan Alam Sekitar @ PR1SMA
Report
Seminar/Colloquium
Thesis
Training Module
Tutorial
User Manual
Video
Tajuk
Mana-mana
Tepat
Carian lanjutan dengan tapisan
Keputusan carian: contains(Title,'Pelan or Tindakan or Jerebu') category= 'Koleksi Digital'
Muka 1 daripada 18
Hits: 2
SYARIKAT BERASASKAN GETAH DIDENDA RM70,000 ATAS KESALAHAN PELEPASAN EFLUEN MELEBIHI HAD 5 JUN 2026, MUAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah berjaya mendapatkan sabitan hukuman ke atas kes jenayah alam sekitar melibatkan sebuah syarikat berasaskan getah di kawasan Tangkak. Syarikat tersebut didapati bersalah atas pelanggaran syarat-syarat lesen dengan membuat pelepasan efluen melebihi had yang ditetapkan. Pengurus Pengeluaran yang mewakili syarikat berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Hakim, Tuan Mohd Khairi bin Haron atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM70,000 selepas pihak syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen bagi parameter Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Pepejal Terampai (SS) melebihi had lesen. JAS ingin mengingatkan semua pihak industri agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen serta peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi menjamin kelestarian alam sekitar. #NRES #JabatanAlamSekitar #JasJohor #alamsekitartanggungjawabbersama
Category: Koleksi Digital (Pendakwaan)
Hits: 0
KESALAHAN PERLANGGARAN SYARAT LESEN: SYARIKAT BERASASKAN KELAPA SAWIT MENTAH DIDENDA RM120,000 Sebuah syarikat memproses buah sawit mentah di Batu Pahat, Johor telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM120,000 bagi kesalahan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Syarikat berhadapan dengan 3 pertuduhan di mana melibatkan pelepasan efluen melebihi had yang ditetapkan bagi parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD), Pepejal Terampai (SS) dan Ammonikal Nitrogen (AN) sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat lesen 7(i), 7(ii) dan 7(iv), dengan no lesen 006374. Syarikat yang diwakili oleh Pengurus Syarikat telah membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada 5 Mei 2026. Tertuduh telah disabitkan kesalahan di hadapan Tuan Hakim, Osman Affendi bin Mohd Shalleh. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.
Category: Koleksi Digital ()
Hits: 4
SYARIKAT BERASASKAN GETAH DIDENDA RM70,000 ATAS KESALAHAN PELEPASAN EFLUEN MELEBIHI HAD 5 JUN 2026, MUAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah berjaya mendapatkan sabitan hukuman ke atas kes jenayah alam sekitar melibatkan sebuah syarikat berasaskan getah di kawasan Tangkak. Syarikat tersebut didapati bersalah atas pelanggaran syarat-syarat lesen dengan membuat pelepasan efluen melebihi had yang ditetapkan. Pengurus Pengeluaran yang mewakili syarikat berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Hakim, Tuan Mohd Khairi bin Haron atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM70,000 selepas pihak syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen bagi parameter Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Pepejal Terampai (SS) melebihi had lesen. JAS ingin mengingatkan semua pihak industri agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen serta peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi menjamin kelestarian alam sekitar.
Category: Koleksi Digital ()
Hits: 4
Jabatan Alam Sekitar 1h · SYARIKAT DAN PENGARAH DIDENDA KESELURUHAN RM350,000 SERTA HUKUMAN PENJARA BAGI KESALAHAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL SECARA HARAM 27 APRIL 2026, SEGAMAT – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah berjaya mensabitkan hukuman ke atas dua kes jenayah alam sekitar melibatkan pengurusan buangan terjadual kod SW110 (buangan elektrik dan elektronik) secara haram di Kawasan Perindustrian Segamat 2. Seorang Pengarah Syarikat You Peng (M) Sdn Bhd, Teh Choon Kian berusia 53 tahun telah mengaku bersalah di hadapan Hakim Puan Rahimah binti Abd Majid atas empat (4) pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan telah didenda sebanyak RM250,000 serta hukuman penjara. Mahkamah turut memerintahkan pelucuthakan 400 tan metrik (MT) barang kes buangan terjadual SW110 kepada Kerajaan Malaysia. Dalam kes ini di lokasi kesalahan yang sama, sebuah syarikat pengangkutan iaitu syarikat Vertex Mission Sdn Bhd bersama Pengarahnya, Yeah Hock Heng, telah didenda sebanyak RM100,000 selepas mengaku bersalah atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 18(1A) Akta yang sama. Syarikat tersebut didapati menggunakan kenderaan (penggerak utama dan semi-trailer) bernombor pendaftaran BRM 2336 / T/BC 4812 dan VMS 2422 / T/BE 392 untuk pergerakan buangan terjadual SW110 tanpa lesen pembawa yang sah. Mahkamah memerintahkan kedua-dua buah lori tersebut bersama muatan keseluruhan 31 MT buangan terjadual dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia. Pihak industri dan masyarakat diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti kitar semula buangan terjadual tanpa kelulusan EIA dan lesen yang sah, kerana ia berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar dan mengancam kesihatan awam. Orang awam digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui saluran rasmi JAS untuk tindakan lanjut.
Category: Koleksi Digital (Pendakwaan)
Hits: 7

Pertama
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Terakhir