|
|
INFOGRAFIK LAPORAN KES PENDAKWAAN DI MAHKAMAH SEGAMAT PADA 2 APRIL 2026
3 MAC 2026, SEGAMAT – Sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembuatan batu bata di Labis, Segamat telah disabitkan kesalahan dengan hukuman denda sebanyak RM 180,000 di Mahkamah Sesyen Segamat pada 2 April 2026. Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah Peraturan 7(3), 7(4), 7(5), 7(6), 9(a) dan 16(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di hadapan Hakim, Puan Rahimah binti Ab Majid.
Pihak industri dan masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan tegas dikenakan ke atas syarikat, pengarah syarikat serta individu yang terlibat tanpa kompromi.
Category: Koleksi Digital (Pendakwaan)
|
|
|
Category: Koleksi Digital (Infographic)
|
|
|
Category: Koleksi Digital (Infographic)
|
|
|
Category: Koleksi Digital (Infographic)
|
|
|
Category: Koleksi Digital (Video)
|