PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM MEMBACA 10 MINIT WARGA JABATAN ALAM SEKITAR

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 05/03/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MEMBACA 10 MINIT WARGA JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2016
Tarikh Keluaran
24/03/2016
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

  Membaca jambatan ilmu. Demikianlah kata pujangga Melayu yang mencerminkan realiti bahawa tabiat membaca mendatangkan seribu satu pencapaian tahap intelek dan rohaniah seseorang individu. Bersempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Alam Sekitar Bil. 1 /2016 bersama tonggak kepimpinan bary yang diterajui oleh YBhg. Dato Dr. Ahmad Kamarul Najuib Bin Che Ibrahim Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia dan turut hadir ialah YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Ithnin Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Pembangunan), Unit Perpustakaan telah mengadakan Program Galakkan Membaca selama 10 minit. Unit Perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga jabatan di atas kerjasama yang diberikan dan berharap semoga titik permulaan ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat menimba ilmu dan mempertingkatkan budaya membaca di kalangan warga jabatan, agar budaya positif ini dapat memanfaatkan semua pihak secara holisitiknya untuk jangka masa panjang.