PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Strengthening capacity for environmental law in Malaysia's judiciary:train the judges program

17/08/2017 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Strengthening capacity for environmental law in Malaysia's judiciary:train the judges program
Tahun
2017
Tarikh Keluaran
17/08/2017
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi>Bandar Baru Bangi Selangor>Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

Penerangan

JAS melalui Pusat Perundangan dan Penguatkuasaan, EiMAS telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Undang-Undang UKM serta Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) sebagai penganjur bersama program Strengthening Capacity For Environmental Law In Malaysia’s Judiciary: Train The Judges Program. Program ini dianjurkan khusus kepada pegawai kehakiman seluruh Malaysia yang terlibat dalam pengendalian kes berkaitan alam sekitar (green court). Program telah dirasmikan bersama oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Anita Hj. Harun, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS). JAS terlibat sepenuhnya bagi pelaksanaan kursus pada hari ketiga dengan sesi ceramah di sebelah pagi. Seramai empat (4) orang penceramah JAS terlibat iaitu  Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim (Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia) menyampaikan topik DOE Enforcement Approaches: Command and Control (CC) vs Self-Regulation (SR) serta Environmental Impact Assessment (EIA), Puan Siti Zaleha Ibrahim (Pengarah JAS Selangor) menyampaikan topik Enforcement and Water Pollution Prevention in Malaysia serta Enforcement and Waste Management in Malaysia manakala Encik Mohd Hidzir Bakar (Pengarah JAS Sarawak) telah menyampaikan topik Enforcement and Air Pollution Prevention in Malaysia. Pada sesi sebelah petang, telah diadakan lawatan pembelajaran ke kilang Denso (M) Sdn.Bhd. di Bandar Baru Bangi untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai operasi industri dan langkah-langkah kawalan pencemaran air, udara dan bahan buangan terjadual yang dilaksanakan oleh pihak industri serta pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.   Secara umumnya, program ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat dan aspirasi penganjur untuk memberi  pemahaman yang lebih baik kepada para hakim dan majistret dan untuk memperkasakan undang-undang alam sekitar dalam sistem kehakiman Malaysia.