PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

Sejarah Penubuhan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu

15/09/2017 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sejarah Penubuhan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu
Tarikh Keluaran
15/09/2017
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah memulakan peranannya dalam mengawal dan mencegah pencemaran di negeri Terengganu seawal Tahun 1979 dengan penubuhan Unit Khas Alam Sekitar di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
  • 1979 - Unit Khas Alam Sekitar (UKAS) di bawah KETENGAH.
  • 1981 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Timur bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
  • 1984 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Timur Laut bagi Negeri Kelantan dan Terengganu.
  • 1995 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
  • 1996 - Pejabat berpindah dari bangunan Tabung Haji ke Menara Yayasan Islam Terengganu.
  • 2002 - Penstrukturan semula organisasi diluluskan.
  • 2005 sehingga kini - Pejabat berpindah dari Menara Yayasan Islam Terengganu ke Wisma Alam Sekitar.