Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KURSUS PROSEDUR DAN TATACARA MEMOHON PERINTAH MAHKAMAH (PELUCUTAN HAK EKSIBIT YANG DISITA), PERUNDINGAN SEBELUM PERBICARAAN, PENGURUSAN KES DAN TAWARAN PENGAKUAN
- Tahun
- 2017
- Tarikh Keluaran
- 14/11/2017
- Lokasi
- Selangor
Penerangan
Kursus anjuran EiMAS ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 18 hingga 20 September 2017. Kursus ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C52 sehingga C29/JA29. Pengisian kursus terbahagi kepada 8 modul dan latih amal perbicaraan mock.
Objektif program adalah memberi pendedahan serta memantapkan pengetahuan dan kemahiran pegawai JAS dalam menjalankan tugas dengan berkesan sebagai Pegawai Pendakwa Jabatan (sedia ada dan baru) mengenai prosedur-prosedur mahkamah yang berkaitan (merujuk kepada Kanun Prosedur Jenayah, Akta 593).