PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

NATIONAL CFC PHASE-OUT PLAN (NCFCP): KOLEKSI GAMBAR PROGRAM CSTP RSS 2008

03/01/2018 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
NATIONAL CFC PHASE-OUT PLAN (NCFCP): KOLEKSI GAMBAR PROGRAM CSTP RSS 2008
Tahun
2008
Tarikh Keluaran
03/01/2018
Lokasi
Bahagian Udara Ibu Pejabat

Penerangan

Certification Of Refrigeration Servicing Program (CSTP) dikendalikan oleh Authorized Training Centre (ATC) yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Alam Sekitar dibawah Plan Pengurusan Penghapusan CFC Sektor Servis Refrigeran. Program dilaksanakan oleh Seksyen Perlindungan Ozon (SPO) dan Projek Management Unit (PMU) Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. ATC Perniagaan Electronik Sing Seng Heng telah menjalankan program CSTP di Kedah pada 24-25 Januari 2008;di Perak pada 16-17 Februari 2008 dan di Selangor pada 5-6 April 2008. ATC Dykin Engineering Sdn Bhd telah menjalankan program CSTP di Georgetown Pulau Pinang pada 26-27 Januari 2008. ATC High Tech Industries Sdn. Bhd pula menjalankan program CSTP secara bersiri Sabah dengan bermula di Tawau pada 22-23 Februari 2008; Sandakan pada 25-26 Februari 2008; Kota Kinabalu pada 28-29 Februari 2008 dan di Labuan pada 2-3 Mac 2008. Manakala ATC Kuching Air-Conditioning Sdn. Bhd pula melaksanakan program CSTP di Kuching Sarawak pada 5-6 Mei 2008. Program telah dihadiri oleh juruteknik-juruteknik yang terlibat dalam pengendalian Refrigeran. Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar negeri juga dijemput untuk turut serta dalam program yang dilaksanakan.