PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

COURSE ON INTRODUCTION AND APPLICATION OF ENVIRONMENTAL FORENSICS

29/01/2018 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
COURSE ON INTRODUCTION AND APPLICATION OF ENVIRONMENTAL FORENSICS
Tahun
2018
Tarikh Keluaran
30/01/2018
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

Kursus anjuran EiMAS ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada 22 hingga 26 Januari 2018. Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan yang mana ianya dihadiri oleh 39 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C48 sehingga C32 dan seorang inspektor, YA13 dari Makmal Forensik, PDRM Cheras. Pengisian kursus terbahagi kepada 9 modul termasuk sesi hands on yang dijalankan di sekitar EiMAS. Objektif program adalah:
  • Memberi pendedahan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar mengenai konsep forensik serta penyiasatan alam sekitar dalam penguatkuasaan berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Forensik Alam Sekitar dan Garis Panduan Forensik Alam Sekitar Dalam Penguatkuasaan; dan
  • Memberi pendedahan mengenai prosedur dalam menjalankan siasatan secara forensik dan kaedah pengendalian siasatan di lapangan dari segi teknik persampelan, penganalisaan sampel dan kaedah statistik bagi menentukan kesahan hasil analisa.