PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Serta Kursus Pertolongan Cemas di Lapangan

02/03/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Serta Kursus Pertolongan Cemas di Lapangan
Tahun
2018
Tarikh Keluaran
02/03/2018
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

  Tarikh: 5-9 Februari 2018

Tempat : Institut Alam Sekitar Malaysia, EiMAS

Peserta: 30 orang (Pegawai Jabatan Alam Sekitar- JAS)

Objektif kursus  ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar mengenai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  yang merangkumi aspek keselamatan seperti  punca-punca yang menyumbang kepada bahaya dan kemalangan, pemakaian pakaian yang sesuai semasa di lapangan dan juga teknik pertolongan cemas di tempat kerja dan lapangan oleh penceramah pakar dari Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA). Pusat Bahan Berbahaya, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)  telah menganjurkan Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan serta Pertolongan Cemas di Lapangan. Peserta kursus terdiri daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar pelbagai gred dari seluruh Malaysia.

Peserta kursus telah diberi pendedahan mengenai teknik dan kaedah penggunaan peralatan menyelamat mengikut kesesuaian keadaan mangsa yang ditimpa kemalangan atau kecemasan semasa sesi demonstrasi dijalankan di samping mempraktikkan semua teori pertolongan cemas yang telah dipelajari.

Kursus ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat pelaksanaannya. Peserta memberikan maklum balas positif dan mencadangkan supaya kursus diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada pegawai-pegawai JAS memperolehi manfaat pembelajaran dan meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan di tempat kerja dan lapangan.