PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) di SMK Dato’ Onn, Butterworth

04/05/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) di SMK Dato’ Onn, Butterworth
Tahun
2018
Tarikh Keluaran
04/05/2018
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

“Knowledge Transfer Programme”, “Explorace” dan Alam Sekitar 2018 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 2 Mei 2018 (Rabu) bertempat di SMK Dato Onn, Butterworth, Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fitri bin Mohd Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Sebanyak 22 buah sekolah telah menyertai program ini dan setiap sekolah menghantar 4 orang peserta. Turut diadakan adalah pameran dan kuiz. Program ini dianjurkan oleh SMK Dato’ Onn dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS), ‘School of Industrial Technology’ Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).