Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Keputusan laporan Audit Dalaman EKSA EiMAS
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 30/04/2019
- Lokasi
- Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi
Penerangan
Jawatankuasa Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) EiMAS telah berjaya menjalankan satu Audit Dalaman EKSA pada 21 - 22 Mac 2019. Tiga (3) zon telah terlibat dalam pengauditan yang julung kali diadakan di EiMAS iaitu Zon Neon, Zon Argon dan Zon Xenon. Ketiga-tiga Zon telah diaudit secara Inter-zone.
Tujuan pengauditan:
1) Penilaian Berdasarkan Etika Dan Kriteria Yang Ditetapkan
2) Sebagai Garis Panduan Yang Seragam
3) Penilaian Dilaksanakan Mengikut Standard Yang Ditetapkan Berasaskan Etika Kerja Yang Tinggi
Fokus Pengauditan Amalan Eksa:
1) Imej Korporat
2) Kekemasan
3) Pengawasan
4) Kemudahkesanan
5) Kitar Semula
6) Keselamatan
7) Kebersihan
Kaedah/ Pendekatan Pengauditan Eksa:
1) Pemerhatian/ Pemeriksaan
2) Waktu Audit – semasa waktu kerja
3) Kriteria Audit – gunapakai kriteria Audit EKSA
4) Borang Audit – Rekod penemuan
5) Interaksi – antara kumpulan dan pekerja.
6) Maklumbalas – dapatkan maklumat atau perkara-perkara berbangkit.
7) Tempoh Masa – tentukan tempoh masa yang sesuai.
8) Ambil gambar – sebagai bahan bukti
Laporan Umum Audit Dalam EKSA EiMAS
Pengauditan EKSA di EiMAS mengambil kira Penilaian di Bawah Model A, iaitu Bangunan dan Kawasan Sendiri - Komponen A - E1.
- A) Dua (2) ruang kerja/bilik telah dipilih oleh pengaudit sebagai bilik CEMERLANG yang disifatkan hampir menepati ciri-ciri Amalan EKSA. Majoriti yang lain adalah pada tahap SEDERHANA dan akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.
- B) Ruang Gunasama - Majoriti ruang gunasama di EiMAS berada pada tahap SEDERHANA dan masih belum mencapai tahap Cemerlang. 1/3 ruang gunasama pula berada pada tahap USAHA LAGI. Ini disebabkan kekangan pegawai dan staf EiMAS dengan komitmen kerja/tugas harian.
- c) Audit Dalaman EKSA pada kali kedua akan memfokuskan kepada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti pada Audit Dalaman pada kali pertama.
- i) Patisyen pegawai - wayar komputer tidak disusun dengan kemas, berselirat dan berada dalam keadaan kurang selamat, tiada in/Out Tray;
- ii) Bilik Pegawai - tiada tanda nama pegawai, siling bocor, didapati dokumen FTR diletak di atas lantai;
- i) Tunjuk arah laluan pelawat tidak disediakan;
- ii) Pondok pengawal tidak kemas dan kotor, cermin tingkap pondok pengawal pecah dan tidak diganti;
- iv) Arah Kiblat Surau di depan bilik kuliah Anggerik dan Teratai tidak tepat/salah; pelan lampu tidak dibuat dengan kemas dan mudah dilihat.
- NOOR BAIZZURA AZIZAN BT. MOHD ALI AZIZAN
- ZAIDI B. MOHAMED@AWANG
- FAZLINA BT. FAUZI
- KHATIJAH BINTI MD SUKI
- MOHAMAD AZLAN BIN SABTU
- MUHAMAD SHUHADA BIN IDRIS
- Surau Asrama Perempuan Level 2
- Bilik Jemuran Level 4
- Bilik Suis Level 2
- Pantry Level 1
- Gym
- SITI NORAISAH BINTI ABDUL RAZAK
- AZLINA BINTI OMAR
- MUHAMMAD HIZAM BIN MOHD IBRAHIM