Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kursus Penyiasatan & Penguatkuasaan Pembakaran Terbuka
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 22/07/2019
- Organisasi
- EiMAS
Penerangan
Pusat Perundangan Dan Penguatkuasaan, EiMAS telah selesai menganjurkan Kursus Penyiasatan dan Penguatkuasaan Pembakaran Terbuka selama 4 hari bermula dari 17 hingga 20 Jun 2019 di Bilik Melur, EiMAS. Kursus ini dihadiri oleh 33 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C41 sehingga C29/JA29. Pengisian kursus terbahagi kepada 10 modul.
Objektif kursus ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar terhadap masalah pembakaran terbuka & kesannya kepada alam sekitar;
- Meningkatkan pemahaman pegawai ke atas Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003; dan
- Mempertingkatkan pengetahuan & kemahiran pegawai Jabatan Alam Sekitar berkenaan pelan tindakan & pemantauan pembakaran terbuka.