Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Makcik...Tolong Padam Api Ni
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 19/04/2020
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
Pada 16 April 2020, dalam perjalanan pegawai penyiasat aduan ke Besut, Terengganu, didapati terdapat pembakaran sampah sarap sedang berlaku berhampiran dengan jalan utama Kuala Terengganu - Setiu. Pegawai penyiasat telah mengambil inisiatif untuk berhenti dan meminta salah seorang dari penduduk kampung untuk memadam kebakaran tersebut. Beliau dengan segera memberi kerjasama dan telah memadamkan pembakaran tersebut. Info berkaitan larangan pembakaran terbuka telah dimaklumkan kepada beliau secara lisan.