Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JAS CAWANGAN TAIPING BERSAMA PDRM DAN PBT MENYELESAIKAN ISU PEMBAKARAN TERBUKA TAPAK KITAR SEMULA TANPA LESEN
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 10/05/2020
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
6 Mei 2020, Taiping - Pengawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Cawangan Taiping menjalankan operasi bersepadu bersama-sama anggota PDRM dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di satu kawasan tapak kitar semua. Operasi ini bertujuan untuk menyelesaikan isu aduan berulang aktiviti pembakaran terbuka di premis kitar semula tanpa lesen berhampiran kawasan perumahan. Premis diarahkan untuk membersihkan kawasan dan akan dipantau oleh ketiga-tiga agensi secara berkala. Tindakan penguatkuasaan diambil kepada kesalahan-kesalahan yang dikesan semasa pemeriksaan oleh agensi-agensi yang terlibat.