Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ALAT PEMICIT 'HAND SANITIZER' DI JAS PERAK
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 10/05/2020
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
08 Mei 2020, Ipoh - Alat pemicit 'hand sanitizer' kini berada di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Kita sedia maklum bahawa pandamik Covid-19 ini memerlukan pelbagai langkah dalam mengurangkan penularan virus. Kepentingan mencuci tangan adalah tindakan yang amat baik bagi mengekang virus ini tersebar. Namun begitu, penggunaan hand sanitizer oleh pengunjung dan pelanggan-pelanggan di pejabat ini juga harus diteliti terutama permukaan pemicit tersebut yang mungkin tercemar. Alat pemicit 'hand sanitizer' ini tidak memerlukan sentuhan pengguna ke atas pemicit botol tersebut.