Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ?????????????? ?????? ???????? ?????????????? ???? ?????????? ???????? ?????????????????? ???????????????? ???????? ?????????????? ???????????????? (??????????)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 30/04/2021
- Organisasi
- EiMAS
Penerangan
22 April 2021 (Khamis), Bangi – Perpustakaaan Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan “Program Jom Baca Bersama 10 Minit” peringkat EiMAS pada pagi ini bagi menyokong kempen yang disarankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Semasa program ini berlangsung, YBrs. Puan Siti Zaleha binti Ibrahim, S.M.S. (Pengarah EiMAS) serta warga EiMAS bersama-sama meluangkan masa membaca buku pilihan.
Program seumpama ini merupakan aktiviti tahunan utama sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia juga merupakan komitmen sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan untuk meningkatkan amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
#malaysiamembaca
#eimasmembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2021