PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

?? MESYUARAT PERBINCANGAN PELEPASAN CUKAI BAGI SAMPAH KITAR SEMULA DAN E-WASTE BERSAMA PERBADANAN LABUAN DAN KASTAM??

DOE WP Labuan 08/08/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
?? MESYUARAT PERBINCANGAN PELEPASAN CUKAI BAGI SAMPAH KITAR SEMULA DAN E-WASTE BERSAMA PERBADANAN LABUAN DAN KASTAM??
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

 Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu)  Masa: 10 pagi – 11 pagi  Tempat: Perbadanan Labuan  Pengerusi: Tuan Gillbert (Pengerusi )  Kehadiran: Perbadanan Labuan, Kastam WP Labuan, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan  Ulasan: 1. Mesyuarat telah diadakan pada 5 Julai 2023 (Rabu) dan telah dipengerusikan oleh Tuan Gillbert (Pengerusi) bagi membincangkan cadangan-cadangan dan juga meminta input-input dari pihak Jabatan Alam Sekitar berkenaan pengurusan pelupusan sampah kitar semula dan E-waste. Mereka juga telah memohon pelepasan cukai daripada pihak Kastam untuk mengangkut keluar sampah kitar semula dan E-waste untuk keluar dari Labuan bagi tujuan pelupusan. Hasil mesyuarat: - KASTAM memerlukan surat sokongan dari PL dan JAS untuk memberi pelepasan cukai kepada syarikat yang diberikan tanggungjawab mengeksport keluar sampah kitar semula dan eWaste dari isi rumah -Pihak PL perlu berunding dengan syarikat tersebut tentang isu pelupusan sampah kitar semula kerana ianya tidak termasuk dibawah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar. -Manakala isu eWaste JAS akan bekerjasama dengan PL dan syarikat yang sanggup melakukan pelupusan ini secara CSR. Syarikat tersebut perlu dipanggil untuk hadir mesyuarat dan menyatakan kesediaannya melakukan pelupusan secara CSR tersebut. -Jabatan Alam Sekitar menyokong penuh pelepasan cukai diberikan kepada syarikat yang ingin melakukan aktiviti CSR pelupusan eWaste demi kepentingan kelestarian alam sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. JAS juga menegaskan bahawa alam sekitar ini adalah tanggungjawab bersama. -Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 pagi. Sekian. JAS WP Labuan #JASMalaysia #JASWPLabuan