PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat ยท Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

?? MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU DAN CUACA KERING KEBANGSAAN BIL. 1/2023 ??

DOE WP Labuan 08/08/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
?? MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU DAN CUACA KERING KEBANGSAAN BIL. 1/2023 ??
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 26 Mei 2023 (Jumaat) Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang Tempat: Secara atas talian 1. JAS WP Labuan telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Dan Cuaca Kering Kebangsaan yang telah dipengerusikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. JAS WP Labuan telah diwakili oleh Pengarah JAS WP Labuan, En. Yaras Bin Hj Yusup, PPK Mohd. Man Sah dan juga PJ Ahmad Shayuti. 2. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan persediaan menghadapi musim kering dan jerebu rentas sempadan. 3. Taklimat Cuaca Semasa dan Tinjauan Cuaca telah diberikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Taklimat mengenai Status Kualiti Udara dan dan Persediaan Menghadapi Musim Kering telah disampaikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Taklimat Persediaan Menghadapi Jerebu Merentas Sempadan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). 4. Mesyuarat ini telah disertai pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), pelbagai Kementerian berkenaan dan juga Pejabat Setiausaha Negeri Seluruh Malaysia. 5. JAS WP Labuan akan sentiasa memastikan kualiti udara di WP Labuan dalam Status Kualiti Udara yang baik dalam keadaan cuaca yang dijangka kering sehingga September 2023. #JASMalaysia #JASWPLabuan