PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

?? Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi Oilmap For Oil Spill Trajectory Bagi Zon Borneo ??

DOE WP Putrajaya 08/08/2018 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
?? Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi Oilmap For Oil Spill Trajectory Bagi Zon Borneo ??
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Sarawak

Penerangan

Tarikh: 23 Mei 2023 (Selasa) - 25 Mei 2023 (Khamis) Masa: 8.00 pagi - 10.30 Malam Tempat: Meritz Hotel, Miri, Sarawak. Anjuran: Bahagian Air Marin, JAS Ibu Pejabat 1. JAS WP Labuan telah menghadiri Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi Oilmap For Oil Spill Trajectory Bagi Zon Borneo bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian OILMAP for Oil Spill Trajectory bagi mendapatkan maklumat dan jangkaan pergerakan minyak di perairan semasa insiden tumpahan minyak di laut. 2. Ini membolehkan strategi kawalan pencemaran minyak dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mengelakkan kawasan sensitif alam sekitar, kawasan pelancongan dan kawasan pantai menerima kesan daripada pencemaran tersebut. 3. Secara tidak langsung, ini dapat memudahkan Pegawai Penyiasat membuat siasatan secara forensik apabila berlaku tumpahan minyak. 4. JAS WP Labuan telah diwakili PJ Junaidi Alan dan seramai lebih kurang 20 peserta yang telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar di Zon Timur. 5. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. KPPK Pn. Norina Frederick Sambang manakala bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Shahadan Bin Man daripada syarikat RANIA Resources Sdn Bhd. 6. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Air Marin Ibu Pejabat JAS Malaysia. #JASMalaysia #JASWPLabuan