Sambutan Utama JAS / Debat Alam Sekitar (DAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Koleksi Logo Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Yang Menyertai Debat Alam Sekitar. ( Bahagian 1 )
- Tarikh Keluaran
- 15/06/2016
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Pengenalan
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi pertama kalinya telah diadakan pada tahun 1986. Walau bagaimanapun ia menjadi acara tahunan bermula tahun 1991 setelah kerajaan Malaysia mengisytiharkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Ia merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) sejak awal tahun 90 an lagi. Penganjur utama pertandingan debat ini adalah Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama MADUM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi memudahkan pengurusan dan penganjuran pertandingan tersebut, salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil bahagian akan dipilih secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah pertandingan debat pada setiap tahun.
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia ini merupakan satu aktiviti tahunan yang diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan mahasiswa tentang pelbagai isu dan permasalahan alam sekitar. Ia juga dapat membentuk budaya berfikir dan berdebat di kalangan mahasiswa.
Objektif
- Meningkatkan pengetahuan mahasiswa yang juga pemimpin pada masa hadapan akan isu-isu/dasar-dasar/polisi-polisi berkenaan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa
- Meluaskan jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia, tidak kira awam atau pun swasta bagi membolehkan proses perkongsian ilmu
- Menggalakkan mahasiswa untuk lebih berfikiran terbuka, kritis dan celik akan pengetahuan umum menyentuh aspek alam sekitar dan pemeliharaan serta pemuliharaan sumber asli
- Melatih mahasiswa sebagai pemimpin di masa hadapan untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran secara berkesan dan bernas
- Sebagai satu cara untuk meningkatkan kemahiran dan bakat pidato dan debat di kalangan mahasiswa