Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MENEROKAI KEINDAHAN AIR TERJUN SUNGAI LEMBING DAN PROGRAM KESEDARAN PRA SEKOLAH SEMPENA HARI BUMI 2018
- Tarikh Keluaran
- 25/05/2018
Penerangan
Siapa yang tidak tertarik dengan keindahan pelangi sambil bermandi air terjun. begitulah sambutan Hari Bumi yang telah disambut pada 21 April 2018 bertempat di Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing Kuantan. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta dimana penglibatan pihak indusri (TDK LAMDA SDN BHD) dengan kerjasama JAS Pahang. diantara aktiviti yang berlangsung ialah mengenali hidupan sungai yang dikendalikan oleh pegawai dari JAS Pahang dan mengenali pokok hutan yang dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Pada sebelah petang pula program kesedaran alam sekitar bersama pelajar pra sekolah di kampung Kuala Kenau. antara aktiviti yang berlangsung adalah pertandingan mewarna, tanam pokok dan sesi bergambar.