Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI BUMI 2018 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- Tarikh Keluaran
- 13/12/2018
Penerangan
Sambutan Hari Bumi 2018 Peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Canon Opto (M) Sdn.Bhd., Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. Dan Samsung Electronic (M) Sdn. Bhd. bertempat di SMK Hillcrest, Taman Sri Gombak pada 3 Mei 2018.
Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Siti Zaleha Binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Antara aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru sekolah adalah gotong -royong penanaman pokok, persembahan khas pelajar sekolah, persembahan 'Choral Speaking' oleh pelajar sekolah, ceramah alam sekitar, senamrobik, program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari isi rumah dan kuiz alam sekitar