Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PERTANDINGAN KUIZ KESEDARAN PERLINDUNGAN LAPISAN OZON SECARA DALAM TALIAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2018
- Tarikh Keluaran
- 02/01/2019
- Organisasi
- DOE Pahang
Penerangan
Program Pertandingan Kuiz Kesedaran Perlindungan Ozon Secara Dalam Talian dan Pertandingan Mewarna Sempena Hari Ozon Sedunia telah diadakan di Perkarangan RTM Pahang, Kemunting, Kuantan pada 13 Oktober 2018 .Program ini secara tidak langsung memberi maklumat dan penerangan mengenai lapisan ozon, punca dan penyumbang penipisan ozon serta kesan penipisan lapisan ozon ke atas manusia dan persekitaran serta memberi pendedahan awal berkaitan perlindungan ozon kepada orang ramai dan pelajar sekolah. Langkah kawalan perlindungan lapisan ozon dan Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan berkaitan seperti berikut juga akan disebarkan semasa aktiviti kuiz dijalankan.
- Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan Klorofluorokarbon Dan Lain-lain Gas Sebagai Propelan dan Agen Pengembang) 1993;
- Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) (Pindaan) 2004; dan
- Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Halon) 1999.