Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pelancaran Hari Bumi Di Flextronics Technology (Penang) Sdn Bhd
- Tarikh Keluaran
- 15/04/2019
Penerangan
11 April 2019 (Khamis) majlis Pelancaran Sambutan Hari Bumi telah diadakan di Flextronics Technology (Penang) Sdn Bhd, Plot 131A, Jalan Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh YB Tuan Phee Boon Poh, EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar. Turut hadir Tuan Haji Marzuki bin Mokhatar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, En. Muhammad Ezhar bin Yusuf, Pengarah Jabatan Perhutanan Pulau Pinang dan Pn. Norhayati bt Sulaiman, Pengarah Jabatan Kemasyarakat Majlis Perbandaran Seberang Perai. Pada majlis ini sebanyak 350 pokok telah ditanam di kawasan Flex Penang dan seramai 212 orang telah mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS). Majlis ini dihadiri seramai lebih kurang 400 orang