Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pameran Sempena Program "Environmental Legal Literacy Outreach (ELLO) : Empowering The Youth To Safeguard The Environment Through Law" Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya Pada 2 Mei 2019
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 03/05/2019
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya telah dijalankan pada 2 Mei 2019. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar sekolah mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar, dan berkongsi ilmu tentang undang-undang yang berkaitan dengannya. Seramai 160 orang pelajar sekolah SMK Presint 14(1) dan 50 orang pelajar Universiti Putra Malaysia terlibat dalam program ini.
Selain itu, program ini turut melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kimia Malaysia, SW Corp, PERHILITAN dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar turut terlibat dalam menjayakan program ini dengan mengadakan pameran khas mengenai pengurusan buangan elektrik dan elektronik. Para pelajar diberi penerangan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar mengenai perkara-perkara yang berikut :
- Definisi "e-waste" dan Buangan Terjadual.
- Contoh 'e-waste" yang terdapat di rumah.
- Pelupusan 'e-waste' dengan cara selamat.
- Denda dan hukuman sekiranya 'e-waste' tidak diuruskan dengan betul.