Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Perak 2019
- Tarikh Keluaran
- 28/05/2019
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Kebajikan Dan Sukan Negeri Perak (KASPER) telah menganjurkan Seminar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 : The Final Countdown sempena Hari Bumi Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2019 pada 30 April 2019 di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak. Penglibatan terhadap seminar ini adalah seramai 250 orang yang terdiri daripada pihak industri dan pihak konsultan.