Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Hari Alam Sekitar Negara 2019 Negeri Terengganu - Tanam Pokok
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 18/11/2019
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
Hari Alam Sekitar Negara 2019 Negeri Terengganu telah dijayakan pada 2 November 2019 bertempat di Dewan Besar, wisma Darul Iman. Salah satu daripada aktiviti HASN 2019 Terengganu ialah aktiviti menanam pokok.
Aktiviti berkenaan telah dijalankan pada 31 Oktober 2019 bertempat di Kg. Melintang, Wakaf Beruas, Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kimia Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kimia Terengganu, Encik Mazlan bin Mohd Yusof.
Sebanyak 50 batang anak pokok telah ditanam oleh 100 orang anggota JAS dan JKM.