Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Aktiviti Pengangkutan E-Waste oleh Rakan Strategik JAS Negeri Sabah, NCT Forwarding And Shipping Sdn. Bhd. Sempena Program EcoNova HASN 2019 Peringkat Negeri Sabah
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 21/11/2019
- Organisasi
- DOE Sabah
Penerangan
Bahan-bahan E-waste yang telah dikumpulkan oleh urusetia Program EcoNova di sekitar Daerah Kuala Penyu, telah diangkut oleh kontraktor yang dilesenkan iaitu NCT Forwarding & Shipping Sdn. Bhd. secara percuma sebagai aktiviti CSR kepada syarikat ini. Pengangkutan dan penghantaran e-waste ke premis pihak NCT telah dijalankan sebanyak 3 fasa bermula 21 hingga 24 Oktober 2019.
Program EcoNova merupakan program kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Pejabat Daerah Kuala Penyu, Pejabat pendidikan Kuala Penyu dan pelaksana utama program adalah SK Lambidan, Kuala Penyu. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan sebagai pengisian kepada sambutan HASN 2019 peringkat negeri Sabah