Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Taklimat Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sesi 2019/2020 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sempena HASN 2019 Peringkat Negeri Sabah
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 22/11/2019
- Organisasi
- DOE Sabah
Penerangan
Taklimat program SERASI sesi 2019/2020 telah diadakan bagi mewar-warkan kepada warga sekolah berhubung dengan pembukaan penyertaan program ini pada tarikh dan masa yang berikut:
Tarikh: 8 November 2019
Tempat: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu
Peserta taklimat adalah daripada wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negeri. Taklimat ini diadakan oleh JAS Negeri Sabah bersama dengan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, selaku urusetia program SERASI sesi 2019/2020. Antara tujuan lain taklimat ini adalah untuk memohon bantuan dan kerjasama daripada PPD untuk memanjangkan jemputan penyertaan program kepada sekolah-sekolah di bawah jagaan.