Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sambutan Hari Alam Sekitar Negara(HASN) 2019 Peringkat Negeri Kedah (Aktiviti - Envirohunt)
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 27/11/2019
- Organisasi
- DOE Kedah
Penerangan
HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN)
Latar Belakang
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena dengan Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.
Bersempena dengan sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) telah dijenama semula dan dikenali sebagai Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day). Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di Kuching, Sarawak dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.
Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-
- Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas
- Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar
- Memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
- Meningkatkan dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara Jabatan dan Kementerian dengan pihak luar seperti kerajaan negeri, industri, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, media dan masyarakat setempat