PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN)2019 Peringkat Negeri Kedah ( Aktiviti - TRASH HERO)

DOE Kedah 21/02/2020 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN)2019 Peringkat Negeri Kedah ( Aktiviti - TRASH HERO)
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
02/12/2019
Organisasi
DOE Kedah

Penerangan

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan berkaitan pengisian program bagi Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 yang akan diadakan pada 19 Oktober 2019 di Taman Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah iaitu ‘TRASH HERO CHALLENGE’ PENGENALAN Program ini dilaksanakan selaras dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) yang akan dijalankan di Taman Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah. Program ini terbuka kepada semua orang awam pelbagai peringkat umur di negeri Kedah. OBJEKTIF
  1. Melahirkan masyarakat yang prihatin dengan kebersihan persekitaran.
  2. Memupuk semangat cintakan alam sekitar.
iii.      Mewujudkan suasana yang bersih dan menjamin kesihatan manusia.
  1. Melahirkan masyarakat yang menghargai alam sekitar dengan rasa penuh tanggungjawab.
 RASIONAL Alam sekitar adalah hak milik bersama setiap individu. Kita hendaklah wariskan persekitaran yang bersih dan selamat untuk generasi akan datang. Tidak terlalu bergantung harap kepada agensi yang terlibat dalam pembersihan awam dan penjagaan dan pemulihraan alam sekitar.