PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT MUKIM HULU CHEKA TAHUN 2019

DOE Pahang 09/12/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT MUKIM HULU CHEKA TAHUN 2019
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
09/12/2019
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

KHAZANAH SEMULA JADI YANG PERLU DIJAGAI HULU CHEKA, 2 NOVEMBER 2019 - Inisiatif yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam memelihara dan memulihara Alam Sekitar amatlah dihargai dan menjadi tanggungjawab bersama. MPKK Kampung Koi, Jerantut dengan kerjasama UMP, JAS Pahang, pihak berkuasa tempatan, penduduk kampung tidak ketinggalan menganjurkan program Extreme Outreach Sungai Rengat sempena Hari Alam Sekitar Negara 2019 Peringkat Mukim Hulu Cheka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pelepasan anak ikan kelah dan Plogging dibeberapa tempat seperti Lubuk Jambatan Besi, Lubuk Tok Adam, Lubuk Hang Tuah dan Lata Berembun. Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan b Idris, Ahli Parlimen Jerantut.