Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK 2019
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 18/12/2019
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 19 Oktober 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama-sama Rakan Strategik HASN 2019 telah menganjurkan larian Enviro Fun Run yang disertai lebih 2500 orang sebagai program utama bagi sambutan HASN 2019. Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu telah menyempurnakan HASN 2019 Peringkat Negeri Perak. Turut hadir menjayakan sambutan ini adalah EXCO pendidikan, teknologi, sains dan alam sekitar iaitu YB Dr Abdul Aziz Bin Bari. Pelbagai acara telah diadakan antaranya adalah tanaman pokok, pameran dan banyak lagi.