Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Gotong-Royong Rakan Alam Sekitar Bersama Sahabat Sungai Langat pada 18 Julai 2020 Bil 3/2020
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 21/07/2020
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
18 Julai 2020 (Sabtu) - Rakan Alam Sekitar (RAS) telah menyertai satu aktiviti membersihakan sungai bersama- sama YBhg. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang, KSU Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBrs Dr. Nagulendran, TKSU KASA dan warga Kementerian Alam Sekitar dan Air. Turut hadir menyertai aktivti tersebut, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, YBrs Puan Norlin binti Jaafar dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Puan Nor Aziah binti Jaafar.
Lokasi tapak pembersihan adalah aliran sungai berhampiran pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Aktiviti bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan penglibatan hampir 30 orang perserta sukarelawan. Selain daripada akitiviti pembersihan sungai, taklimat berkenaan sejarah projek memperindahkan sekitar laluan sungai dan penanaman pokok oleh KSU KASA.
Hasil daripada aktiviti ini akan dapat memupuk semangat sayangi alam sekitar dikalangan peserta sukarelawan dan komuniti setempat.