Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KERJASAMA JAS PAHANG DAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG DALAM PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA PRA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 16/10/2020
- Organisasi
- DOE Pahang
Penerangan
KERJASAMA JAS PAHANG DAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG DALAM PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA PRA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI PAHANG
KUANTAN, 12 OKTOBER 2020 – JAS Pahang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (Daerah Kuantan) telah berlangsung dengan jayanya dalam mengendalikan pemeriksaan kesihatan walaupun berada dalam norma baharu pada masa kini. Perkhidmatan kesihatan melibatkan pemeriksaan BMI, tekanan darah, kandungan gula dalam darah, ujian Stress dan khidmat nasihat kesihatan kepada hampir 50 orang peserta program yang melibatkan pegawai-pegawai JAS Pahang dan Mahkamah Kuantan.
Taklimat kesihatan turut disampaikan oleh Dr. Ahmad Zulfadli Bin Muhamad Nor bertajuk “Penyakit Berjangkit –Ketahui Risiko Anda” bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua peserta.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#harialamsekitarnegara2020