PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara ยท Hari Ozon Sedunia

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR

DOE Johor 28/10/2020 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
28/10/2020
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ozon Sedunia bagi tahun 2020 yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Bin Yusoff di Leverage Hotel, Skudai. Tarikh Sambutan Hari Ozon Sedunia adalah pada 16 September setiap tahun. Tema Hari Ozon Sedunia pada tahun ini adalah "OZONE FOR LIFE". Sempena sambutan ini juga, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Pematuhan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 kepada pengusaha-pengusaha pusat servis penghawa dingin kenderaan di Sekitar Skudai. Semoga program ini bermanfaat kepada pengusaha-pengusaha pusat servis penghawa dingin kenderaan dan ancaman penipisan lapisan ozon dapat dikurangkan sehingga tahun 2050 . Hanya gas R134A sahaja yang dibenarkan untuk kegunaan penghawa dingin kenderaan.