Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (PENGURUSAN REFRIGERAN) 2020 PERINGKAT CAWANGAN KLUANG
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 28/10/2020
- Organisasi
- DOE Johor
Penerangan
Seramai 15 pengusaha-pengusaha pusat servis penghawa dingin kenderaan di daerah ini telah menghadiri Bengkel Pematuhan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 bertempat di Jabatan Tenaga Kerja, Kluang.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengusaha-pengusaha pusat servis penghawa dingin kenderaan berkenaan PPKAS pindaan 2020 di mana di bawah peraturan ini jika pengusaha melakukan kesalahan akan dikenakan tindakkan tawaran kompaun maksima sebanyak RM2,000.00. Pengusaha-pengusaha hanya dibenarkan menggunakan gas refrigeran R134a untuk penghawa dingin kenderaan bagi menjaga lapisan ozon. Bengkel ini adalah Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Cawangan JAS Kluang.