PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

JAS PAHANG PERLUASKAN KEMPEN PENGUMPULAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE)

DOE Pahang 28/10/2020 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PAHANG PERLUASKAN KEMPEN PENGUMPULAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE)
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
28/10/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

JAS PAHANG PERLUASKAN KEMPEN PENGUMPULAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) PAHANG,24 OKTOBER 2020 – Sebanyak tiga (3) lokasi berbeza telah dibuka bagi kempen pengumpulan barang buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah di negeri Pahang hari ini antaranya Asia Honour Paper Industries Sdn Bhd, Mentakab. Dari kempen yang telah dilakukan menampakkan keprihatinan masyarakat setempat tentang sisa elektrik dan elektronik ini yang tidak sepatutnya dilupuskan sesuka hati. Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Pengarah JAS Pahang bersama pegawai kanan meluangkan masa hampir sepanjang hari di ke semua tempat pengumpulan barang buangan ini. Hampir 4 tan barang buangan telah terkumpul setakat ini. Kempen yang bersempena Hari Alam Sekitar Negara ini berjalan lancar dan merupakan acara pertama kali dijalankan di negeri Pahang. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang #harialamsekitarnegara2020