Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (BEE) DI LANGKAWI, KEDAH
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 19/11/2020
- Organisasi
- DOE Kedah
Penerangan
Tarikh: 3 November 2020, Langkawi, Kedah -
Keterangan : Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Rakan Strategik iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kastam Diraja Malaysia dan Hi-Tech Full Recovery Sdn Bhd telah menganjurkan kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (BEE) bertempat di kawasan parkir LADA. Kempen tersebut berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Buangan elektrikal dan elektronik yang terkumpul akan diuruskan oleh Premis Yang Ditetapkan (PYDT) yang telah berdaftar dengan JAS.
Buangan elektrikal dan elektronik (BEE) yang dibawa oleh orang awam untuk dilupuskan boleh ditukar kepada wang tunai.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah mengucapkan terima kasih kepada Rakan-Rakan Strategik yang berganding bahu bersama JAS serta semua pegawai yang terlibat di atas kerjasama dalam menjayakan kempen ini. Program ini juga bersemperna Hari Alam Sekitar Negara 2020