Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEMPEN PENGUMPULAN BARANG BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA PREMIS KANEKA (MALAYSIA) SDN BHD
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 24/11/2020
- Organisasi
- DOE Pahang
Penerangan
KEMPEN PENGUMPULAN BARANG BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA PREMIS KANEKA (MALAYSIA) SDN BHD
GEBENG, 04 NOVEMBER 2020-Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Kaneka (M) Sdn Bhd telah mengiatkan lagi usaha untuk mengadakan kempen pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik bertempat di Kawasan Parkir (Gate 1) Premis Kaneka. Kempen ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 4 & 5 November 2020. Buangan elektrik dan elektronik yang dikumpul akan diuruskan oleh premis yang dilesenkan oleh JAS.
Kempen dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.
JAS Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kaneka (M) Sdn Bhd serta semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang
#buanganelektrikaldanelektronik