PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

KEMPEN PENGUMPULAN BARANG BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DITERUSKAN LAGI DI DAERAH ROMPIN

DOE Pahang 03/12/2020 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN PENGUMPULAN BARANG BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DITERUSKAN LAGI DI DAERAH ROMPIN
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
03/12/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

KEMPEN PENGUMPULAN BARANG BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DITERUSKAN LAGI DI DAERAH ROMPIN ROMPIN, 28 NOVEMBER 2020 -Program yang ditunda sebelum ini akibat hujan lebat diteruskan kembali oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO dalam usaha mempromosikan kempen pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik. Bertempat di Balai Raya Kg Tengah, Rompin kempen ini berlangsung sepanjang pagi pada hari ini. Buangan elektrikal dan elektronik yang dikumpul akan diuruskan oleh premis yang dilesenkan oleh JAS. Kempen dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi mencegah penularan penyakit berjangkit. En Mohd Jamali b Abd Majid, Ketua Cawangan JAS Rompin telah mengetuai program pada kali ini. JAS Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora Sdn Bhd, SW Corp dan JKKK Kuala Rompin serta semua penduduk setempat yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspahang #buanganelektrikaldanelektronik