Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI PERAK
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 06/01/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
5 Januari 2021, Gopeng - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Negeri Perak dengan lancarnya pada hari ini di pejabat JAS Cawangan Gopeng.
.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Negeri Perak.
.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah 7 agensi kerajaan mewakili Jawatankuasa Induk dan 29 Rakan Strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program-program Jabatan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020.
.
Program perasmian tersebut telah dilaksanakan mengikut SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia.