Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DENAI SUNGAI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK SEMPENA HARI AIR SEDUNIA 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 29/03/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
27 Mac 2021, IPOH - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dengan kerjasama JAS Perak telah berjaya menjalankan program gotong royong denai sungai kebangsaan di Sg Kinta yang dirasmikan oleh Exco Air Negeri Perak, Dato' Mohd Zolkafly Harun.
Program gotong royong denai kebangsaan itu tèlah dilangsungkan secara serentak hampir di seluruh Perak pada hari ini seperti Sg Kinta di Ipoh, Sg Batu Tegoh di Taiping, Sg Perak di Teluk Intan dan Sg Rui, Gerik serta Sg Ipil, Bagan Serai.
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan di dalam program tersebut ialah demonstrasi persampelan in-situ pengawasan kualiti air sungai bagi menilai kualiti air sungai terbabit dan penanaman pokok bunga tanjung.