Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 SEMPENA HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/03/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
30 Mac 2021, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah melangsungkan program Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Sempena Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.
.
Program Seminar ini telah dirasmikan oleh Exco Alam Sekitar Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin. Seramai 332 peserta dari pelbagai jenis industri di seluruh Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah hadir dalam seminar ini. Terdapat juga 12 syarikat terdiri daripada perunding-perunding alam sekitar telah menyertai pameran di seminar tersebut.
.
Penceramah adalah terdiri daripada Pengarah JAS Perak sendiri iaitu Haji Rosli Bin Zul dan pegawai kanan JAS Perak, Puan Lili Suhana Adnan dan Encik Harmanisham Ishak.