Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Pameran Oleh Industri di Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seminar Pematuhan Syarat-Syarat EIA Sempena Hari Air Sedunia Tahun 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/03/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
30 Mac 2021, IPOH - JAS Perak dengan kerjasama KASPER telah menganjurkan program pameran Alam Sekitar di Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seminar Pematuhan Syarat-Syarat EIA Sempena Hari Air Sedunia Tahun 2021 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Sejumlah 12 pempamer yang terdiri daripada jururunding dan pembekal alat kawalan alam sekitar telah menyertai seminar tersebut.
Exco Alam Sekitar Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin dalam lawatan ke setiap booth pameran telah menyampaikan cenderamata dan sijil kepada setiap pempamer sambil diiringi oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul.