PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi ยท Sekolah Lestari

SEMINAR PROMOSI PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK BAGI PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA 2021

DOE Perak 13/04/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PROMOSI PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK BAGI PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
13/04/2021
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

8 APRIL 2021, IPOH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP) telah menjalankan Seminar Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena Hari Bumi Sedunia 2021 pada hari ini bertempat di Hotel MH, Ipoh. Seramai 46 guru dari 50 sekolah yang dijemput di Negeri Perak telah hadir dan seramai 6 orang wakil Rakan Strategik juga hadir memberi sokongan kepada program seminar tersebut. Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul telah merasmikan Seminar ini dan taklimat berkaitan SLAAS telah disampaikan oleh Haji Shahori bin Mohamad Esa, Penolong Pengarah Bakat Murid (Kokurikulum) dari JPNP dan Cik Masnona Binti Abdul Aziz dari JAS Perak. Seminar ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan program SLAAS sesi 2020/2021 kepada sekolah-sekolah di seluruh Negeri Perak dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang menitik beratkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.