Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS PERAK SANTUNI ANAK-ANAK YATIM DI BULAN RAMADHAN 1442H SEMPENA HARI BUMI 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 20/04/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
17 April 2021, GOPENG - JAS Perak dengan kerjasama 8 Rakan Strategik telah mengadakan program santuni 31 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha Tanjung Tualang, Perak bertempat di Agromall RTC Perak, Gopeng.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin.
Antara pengisian program adalah penyampaian sumbangan berbentuk kelengkapan pakaian untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada setiap anak-anak yatim dan petugas dari pusat jagaan tersebut serta penyampaian sijil penghargaan kepada Rakan Strategik.
JAS Perak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada FAMA Negeri Perak dan Mydin Wholesale Hypermarket RTC Gopeng yang turut sama menjayakan program ini.