PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

SAMBUTAN HARI BUMI 2021 PERINGKAT NEGERI PAHANG

DOE Pahang 20/04/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI BUMI 2021 PERINGKAT NEGERI PAHANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

SAMBUTAN HARI BUMI 2021 PERINGKAT NEGERI PAHANG JANDA BAIK, 10 APRIL 2021 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah mengadakan Sambutan Hari Bumi peringkat Negeri Pahang tahun ini dengan mengadakan program gotong royong denai sungai kebangsaan (DSK) di Janda Baik, Bentong Pahang. Seramai 120 orang peserta melibatkan kakitangan JAS Pahang dan JAS Cawangan Temerloh, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Pahang, SW Corp, Jabatan Pengairan dan Saliran, Alam Flora dan IKTBN Temerloh dan pihak komuniti setempat telah bersama-sama bergotong royong menjayakan program ini. Sungai yang terlibat pada kali ini ialah Sungai Cheringin. Objektif utama program ini bagi memulihara alam sekitar serta kesedaran bagi menjaga sungai kita.Semoga ianya menjadi tarikan lokasi riadah, memupuk sifat kebertanggungjawaban dan mengurangkan aktiviti pencemaran. Sebanyak 219 kg sampah telah berjaya dikutip di sepanjang denai sungai tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yg telah terlibat. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Pengarah JAS Pahang #JomTurunSungai #Haribumisedunia #JabatanAlamSekitar #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #JomTingkatkanKualitiSungai