PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

MAJLIS AKU JANJI PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2021 SEKOLAH MENENGAH ST. ANNE, WP LABUAN

DOE WP Labuan 28/04/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS AKU JANJI PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2021 SEKOLAH MENENGAH ST. ANNE, WP LABUAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/04/2021
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

22 April 2021, WP Labuan – Majlis Aku Janji Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2021 telah diadakan di Sekolah Menengah St. Anne, WP Labuan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, perubahan sikap dan amalan sedia ada dengan melibatkan setiap lapisan warga sekolah bersama dengan ibubapa serta komuniti luar terhadap kepentingan pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar WP Labuan dan disaksikan oleh semua warga sekolah dan ahli – ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, secara fizikal dan juga maya. Jabatan Alam Sekitar WP Labuan juga telah dijemput untuk melihat persiapan sekolah bagi menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Sesi 2020/2021.