Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN ‘STOP POLLUTION, GO-LUTION’ SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2021 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 28/04/2021
- Organisasi
- DOE WP Labuan
Penerangan
22 April 2021, WP Labuan – Majlis Penutupan Kempen ‘Stop Pollution, Go-Lution’ Sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan, WP Labuan dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Kempen ‘Stop Polution. Go-Lution’ telah bermula pada 13 Mac 2021 dan merupakan projek khas sekolah dalam menyertai Program Toyota Eco Youth mewakili WP Labuan. Antara aktiviti – aktiviti pengisian majlis penutupan ini adalah penyerahan tong – tong kitar semula daripada Perbadanan Labuan kepada SMK Mutiara, pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik, sesi menandatangani Memorendum Persefahaman antara SMK Mutiara dengan Jabatan Alam Sekitar WP Labuan, Perbadanan Labuan dan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan dan pameran daripada Jabatan Alam Sekitar WP Labuan.